PRIVASI DAN POLISI
Bolt Hub Shah Alam (Bolt Driver Partner)
Last Updated (2026)
This Privacy Policy menerangkan bagaimana Bolt Hub Shah Alam, sebuah Bolt Driver Partner yang beroperasi sebagai pusat sokongan pihak ketiga, mengumpul, menggunakan, menyimpan, dan melindungi Data Peribadi anda.
Laman web rasmi kami: https://daftarbolt.my
Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan dasar ini.

SIAPA KAMI?
Bolt Hub Shah Alam ialah Bolt Driver Partner, dilantik secara rasmi untuk menjalankan fungsi sokongan, onboarding dan bantuan pendaftaran bagi pemandu dan penghantar.
Kami beroperasi sebagai pusat sokongan bebas yang mematuhi garis panduan Bolt dan undang-undang Malaysia.
Walaupun kami berstatus rakan sah (Bolt Driver Partner), laman web ini tidak dimiliki atau dikendalikan secara langsung oleh Bolt.

PENGUMPULAN DATA PERIBADI
Kami mengumpul Data Peribadi anda melalui tiga kategori utama:
A. Data yang anda berikan secara langsung
Termasuk maklumat yang anda berikan ketika:
- Mengisi borang pendaftaran
- Menghantar dokumen untuk semakan kelayakan
- Berhubung melalui WhatsApp / e-mel / media sosial
- Menyertai acara, promosi atau kempen kami
- Menjawab tinjauan / kuiz / soal selidik
Maklumat ini mungkin merangkumi:
- Nama, nombor telefon, e-mel
- IC, lesen, insurans motor
- Maklumat kenderaan
- Bukti alamat
- Dokumen sokongan lain berkaitan pendaftaran
Kami hanya meminta data yang diperlukan untuk tujuan operasi rasmi.
B. Data yang dikumpul secara automatik
Apabila anda menggunakan laman web kami, sistem mungkin merekod:
- Alamat IP
- Jenis pelayar dan peranti
- Log pelayaran
- Halaman yang anda lawati
- Tempoh sesi
- Kuki dan analitik trafik
Tujuan: prestasi laman web, keselamatan dan penambahbaikan.
C. Data dari pihak ketiga
Kami mungkin menerima data tambahan daripada:
- Penyedia perkhidmatan insurans / kewangan
- Rakan Bolt Driver Partner lain
- Sistem pengesahan identiti
- Rekod atau sumber awam
Data tersebut membantu mempercepatkan proses pendaftaran.

DATA SENSITIF
Kami tidak mengumpul data sensitif seperti bangsa atau agama kecuali
- diperlukan oleh undang-undang, atau
- diminta untuk tujuan pengesahan rasmi Bolt
Kami tidak menyimpan data sensitif tanpa justifikasi.

DATA INDIVIDU BAWAH UMUR
Perkhidmatan kami tidak ditujukan kepada individu bawah 18 tahun. Jika anda menyerahkan data mereka, anda mengesahkan anda penjaga sah.

CARA KAMI MENGGUNAKAN DATA ANDA
Data anda digunakan untuk tujuan rasmi seperti:
- Memproses pendaftaran Bolt (driver)
- Menjalankan onboarding dan pengesahan dokumen
- Mengurus akaun, komunikasi dan sokongan pengguna
- Meningkatkan kualiti perkhidmatan
- Analisis dalaman dan audit pematuhan
- Memenuhi keperluan undang-undang atau arahan pihak berkuasa
- Menyampaikan maklumat tentang jadual, status, atau kemas kini operasi
Kami tidak menjual Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak.

PENZAHIRAN DATA PERIBADI
Kami hanya mendedahkan Data Peribadi apabila perlu:
- Kepada Bolt Malaysia (untuk tujuan pengaktifan & onboarding)
- Penyedia perkhidmatan teknologi seperti cloud storage
- Rakan operasi Bolt Driver Partner
- Penyedia pembayaran, insurans, atau keselamatan
- Mengikut keperluan undang-undang Malaysia
Semua pihak terlibat tertakluk kepada standard keselamatan data.

PENYIMPANAN & TEMPOH SIMPAN
Kami menyimpan data:
- Selagi akaun / permohonan anda aktif
- Selagi perlu untuk tujuan dokumentasi dan pematuhan Bolt
- Sebagaimana diwajibkan oleh undang-undang
Apabila tidak diperlukan, data akan dipadam dengan selamat.

KUKI & TEKNOLOGI PENJEJAKAN
Laman web menggunakan kuki untuk:
- Fungsi asas laman web
- Analitik trafik (contoh: Google Analytics)
- Menambah baik pengalaman pengguna
Anda boleh melumpuhkan kuki dalam tetapan pelayar anda.

KESELAMATAN DATA
Langkah-langkah keselamatan yang kami ambil termasuk:
- Enkripsi data sensitif
- Kawalan akses dalaman
- Penggunaan pelayan selamat
- Audit pematuhan berkala
Walau bagaimanapun, penghantaran data melalui internet tidak boleh dijamin 100% selamat.

PERUBAHAN POLISI
Kami boleh mengemas kini dasar ini bila-bila masa.
Sebarang perubahan akan diterbitkan di laman ini.
Dengan terus menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan versi terkini dasar ini.

PERUBAHAN POLISI
Untuk sebarang pertanyaan atau permintaan berkaitan Data Peribadi anda, sila hubungi:
Grab Hub Shah Alam (Grab Authorised Alpha Driver)
B-17-1, Jalan Serai Wangi K/16K,
Alam Avenue 2,
40200 Shah Alam, Selangor
WhatsApp: +6012 - 399 0587
Versi Bahasa Inggeris adalah versi yang akan diguna pakai jika berlaku sebarang percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan bahasa lain.
