Jadi pemandu di platform Bolt di Malaysia dan buat duit

Jadi pemandu di platform Bolt, pilih waktu kerja sendiri dan buat duit!​

Kenapa jadi pemandu di platform Bolt?

Tak kira kalau anda nak memandu sekali-sekala atau buat duit lebih kerap, anda boleh atur waktu kerja anda sendiri sebagai pemandu di platform Bolt.

Jadi pemandu di platform Bolt dan buat duit sesuka hati anda​

Buat duit waktu malam, hujung minggu atau pandu lebih kerap dan buat duit lebih banyak. Pilihan di tangan anda.​

Punca pendapatan yang boleh diharap​

Anda mungkin dapat pesanan daripada rangkaian besar penumpang kami bila-bila masa anda dalam talian.​

Pembayaran mingguan​

Terima duit anda setiap hujung minggu. Tiada caj langganan tersembunyi, hanya bayar komisen untuk pendapatan anda.​

Mari Bermula

1. Daftar dalam talian​

Beritahu kami bandar pilihan anda dan jenis lesen yang anda ada. Kami akan hantar maklumat lanjut melalui e-mel.​

2. Muat naik dokumen anda​

Dokumen yang diperlukan untuk jadi pemandu di platform Bolt mungkin berbeza mengikut lokasi anda.​

Cara gunakan aplikasi Bolt Driver

1. Terima tempahan perjalanan

Aplikasi Bolt Driver akan cari penumpang secara automatik.

2. Ambil penumpang anda

Aplikasi ini akan bawa anda ke lokasi penumpang. Bila sampai di sana, ambil mereka.

3. Pandu ke destinasi penumpang

Ikut arah ke destinasi mereka dan bila anda sampai, leret untuk tamatkan perjalanan.

4. Ulang untuk buat lebih banyak duit

Terus memandu dan buat duit atau keluar talian — waktu kerja anda di tangan anda.

Jadi bos anda sendiri. Jom jadi pemandu di platform Bolt dan buat duit!

Hanya 2 minit untuk hantar maklumat.

Soalan Lazim Pemandu

Bolehkah saya jadi pemandu platform Bolt di bandar saya?

Bolt ada di mana-mana—terdapat di ratusan bandar di seluruh dunia. Lihat halaman Bandar kami jika kami ada di kawasan anda, anda boleh mula jadi pemandu di platform Bolt dan buat duit di kampung halaman sendiri.

Bagaimanakah cara mendaftar untuk memandu dengan Bolt?

Mendaftar untuk menjana wang dengan memandu menggunakan Bolt sangat mudah. Isi butiran anda di atas dan hantar dokumen yang diperlukan. Setelah dapat kelulusan dan menyelesaikan proses pengenalan pemandu kami, anda dapat mula menjana pendapatan mengikut jadual anda sendiri!

Saya perlu ada kereta untuk jadi pemandu di platform Bolt?

Tiada kereta — tiada masalah. Ada pilihan lain. Pasukan bandar kami akan cuba bantu anda dapatkan kereta yang diterima Bolt melalui kumpulan rakan kongsi atau syarikat sewa kami pada harga berpatutan. Di sesetengah bandar, anda boleh dapatkan biaya untuk sewaan jangka panjang daripada rakan kongsi kami.

Saya perlu ada telefon pintar untuk jadi pemandu di platform Bolt?

Anda perlukan telefon pintar dengan sistem operasi Android 9.0 atau iOS 14. Tiada telefon pintar—tiada masalah. Pasukan kami boleh syorkan telefon Android bajet yang boleh anda guna untuk aplikasi Bolt Driver.

Adakah menjadi pemandu di platform Bolt kerja sambilan yang bagus?

Kelebihan sebagai pemandu di platform Bolt ialah anda boleh buat duit ikut masa sendiri — kerja sambilan terbaik. Tiada waktu kerja tetap – sama ada memandu sepanjang minggu, hujung minggu atau pada waktu malam sahaja. Buat duit lebih bila anda rasa perlu. Andalah bos!

Apakah cara pendapatan saya dibayar sebagai pemandu di platform Bolt?

Kitaran pembayaran kami adalah dari Isnin 12 tengah malam hingga Ahad 11:59 malam. Pada akhir setiap minggu, anda akan terima penyata baki. Anda akan terima pendapatan anda setiap minggu, jika ada — tidak perlu tunggu hingga hujung bulan.

Chat Icon
Scroll to Top